Star cruises experience- Pb's wedding on board

Wednesday, June 2, 2010

weee.. dah lama tak tulis blog ni.. takde mood la past few days..
Last friday I went to Penang for a wedding.. Kawan Dinesh buat kat atas kapal.. Mau tak xcited kan.. So, malam sebelum wedding tu kelam kabut la nak cari baju.. nasib baik sempat cari walaupun time tu midvalley dah nak tutup..

Pepagi lagi dah bgn nak pergi penang.. siap2kan Abhishek..

Sampai sana dalam tengah hari, singgah tesco nak cari saloon kat area situ.. tapi takde:( makan lunch kat pelita nasi kandar and beli susu Abhishek.. sempat la tangkap satu rantai for the wedding.. since tak sempat cari malam tu..
Dalam pkl 5.30pm time to check in..

Dah la panas and kepenatan.. Datang satu staff 'sc'tu cakap Abhishek tak cukup bulan.. hmm. apa lagi angin satu badan la Dinesh.. time bagi details tu tak nak inform awal2.. dah sampai sana baru nak bagitahu.. fight punya fight akhirnya Abhishek berjaya masuk jugak.. Tapi time tu dah pkl 7.. Dinner start at 6.30pm.. kita orang dah lambat giler.. dah lah rambut aku pun tak buat langsung.. semua benda last minute.. tension betul! Tapi biler dah naik kapal, rasa marah pun dah hilang.. Sebab excited + jakun menguasai segalanya.. huhu

Bilik yg sangat kecik.. sebab mula2 aku ingat ala2 hotel bila dia cak quad room.. nak letak gambar tapi nanti macam semak la pulak.. kalau nak tahu sila cari kat internet la ye.. Star Cruises Pisces

Tadaaa..!! dah pun siap walaupun agak kelam kabut.
gambar pengantin tak dapat disertakan sebab tak sempat nak bergambar guna our phone..

Kapal ni tak pergi jauh.. sebab package untuk satu malam je.. Kapal ni hanya berlayar sampai sempadan Thailand.. Dia orang takde license nak bukak casino kat local water.. so they have to stop or reach international waters in order to open casino and bars.. Me and Dinesh tak pergi pun tempat tu.. Lagipun masing2 dah penat..

If u guys nak experience berlayar boleh la book ye..
tak mahal pun.. RM90nett per person but not include the room ye..

Pepagi lagi dalam pkl 6 aku dah bangun sebab nak tgk sunrise.. tapi tak sempat sebab Abhishek bgn lambat.. dia syok sgt tido macam kena buai..

Pagi tu baru la dapat tgk laut.. sebab malam tak nampak apa.. semua hitam je... Tapi naik kat deck tu pun tak boleh lama2.. Sebab Abhishek lemas angin kuat sangat..


Dalam pkl9.30am dah sampai port semula.. lebih kurang pkl10.30 baru me and family keluar dari kapal.. Singgah la kedai makan nasi kandar 'line clear'.. tapi time tu saya still kenyang.. tgk je kawan2 dinesh makan..
tak sempat nak jalan2 sebab terus balik kl..
hmm.. ok la tu je kisah dia.. takde idea nak cerita dah.. ;)