Star cruises experience- Pb's wedding on board

Wednesday, June 2, 2010

weee.. dah lama tak tulis blog ni.. takde mood la past few days..
Last friday I went to Penang for a wedding.. Kawan Dinesh buat kat atas kapal.. Mau tak xcited kan.. So, malam sebelum wedding tu kelam kabut la nak cari baju.. nasib baik sempat cari walaupun time tu midvalley dah nak tutup..

Pepagi lagi dah bgn nak pergi penang.. siap2kan Abhishek..

Sampai sana dalam tengah hari, singgah tesco nak cari saloon kat area situ.. tapi takde:( makan lunch kat pelita nasi kandar and beli susu Abhishek.. sempat la tangkap satu rantai for the wedding.. since tak sempat cari malam tu..
Dalam pkl 5.30pm time to check in..

Dah la panas and kepenatan.. Datang satu staff 'sc'tu cakap Abhishek tak cukup bulan.. hmm. apa lagi angin satu badan la Dinesh.. time bagi details tu tak nak inform awal2.. dah sampai sana baru nak bagitahu.. fight punya fight akhirnya Abhishek berjaya masuk jugak.. Tapi time tu dah pkl 7.. Dinner start at 6.30pm.. kita orang dah lambat giler.. dah lah rambut aku pun tak buat langsung.. semua benda last minute.. tension betul! Tapi biler dah naik kapal, rasa marah pun dah hilang.. Sebab excited + jakun menguasai segalanya.. huhu

Bilik yg sangat kecik.. sebab mula2 aku ingat ala2 hotel bila dia cak quad room.. nak letak gambar tapi nanti macam semak la pulak.. kalau nak tahu sila cari kat internet la ye.. Star Cruises Pisces

Tadaaa..!! dah pun siap walaupun agak kelam kabut.
gambar pengantin tak dapat disertakan sebab tak sempat nak bergambar guna our phone..

Kapal ni tak pergi jauh.. sebab package untuk satu malam je.. Kapal ni hanya berlayar sampai sempadan Thailand.. Dia orang takde license nak bukak casino kat local water.. so they have to stop or reach international waters in order to open casino and bars.. Me and Dinesh tak pergi pun tempat tu.. Lagipun masing2 dah penat..

If u guys nak experience berlayar boleh la book ye..
tak mahal pun.. RM90nett per person but not include the room ye..

Pepagi lagi dalam pkl 6 aku dah bangun sebab nak tgk sunrise.. tapi tak sempat sebab Abhishek bgn lambat.. dia syok sgt tido macam kena buai..

Pagi tu baru la dapat tgk laut.. sebab malam tak nampak apa.. semua hitam je... Tapi naik kat deck tu pun tak boleh lama2.. Sebab Abhishek lemas angin kuat sangat..


Dalam pkl9.30am dah sampai port semula.. lebih kurang pkl10.30 baru me and family keluar dari kapal.. Singgah la kedai makan nasi kandar 'line clear'.. tapi time tu saya still kenyang.. tgk je kawan2 dinesh makan..
tak sempat nak jalan2 sebab terus balik kl..
hmm.. ok la tu je kisah dia.. takde idea nak cerita dah.. ;)

me careless :(

Thursday, May 27, 2010

hmm.. nak dijadikan cerita.. smlm pergi umah mak ramai2..
Sampai umah mak dalam pkl 2.3optg macam tu.. Lepak2 tgk baby abg dila dgn kak sara..

Petang tu mak balik dari ambil uncle, baru mak masak dalam pkl 8 macam tu la.. Time tu badan aku dah melekit, mengantuk ditambahkan dgn lapar..

Time makanan dah siap, kelam kabut la nak makan..hummm time tu jugak la Abhishek nangis.. Aku pun susukan dia (habis 4ounce).. botol kosong tu aku letak la atas meja makan sebelah yus.. Tup tup dia tegur.. "ko susukan pakai susu mana? tu botol Abdul Rahman la" (kebetulan botol yang Abhishek pakai hari ni sama design dgn botol Abdul Rahman) .. aaahh sudah.. berderau terus jantung.. dari lapar terus hilang lapar.. Rupa2nya terbagi susu Abdul Rahman.. Dah la dia allergic dgn susu enfalac/enfagrow.. segala enfa dari mead johnson.. nak nak pulak susu yang dia minum tu untuk 12bulan ke atas.. not for infant..:(
Sampai umah cerita kat Dinesh apa lagi.. kena marah ler..

Sorry abhishek, mama careless :(

Nasib baik la malam tadi dia tak meragam.. Tapi pagi ni tanda2 allergic tu dah naik.. muka dia dah merah balik.. nasib baik ubat allergy Dr bagi tu ada..

lepas ni kena tukar botol ataupun buat tanda kat botol :-


Abdul Rahman , Dameer and Abhishek guna botol ni..

;) saya tak masak ler

Wednesday, May 26, 2010

semalam tak jadi masak sambal udang.. dinner kat umah mommyyus je.. dia masak asam pedas sardin.. sedap!! tapi pedas.. tak sempat nak ambil gambar jugak.. sebab busy dgn abhishek.. nangis je..

Esok mungkin masak..(saya bukan jenis masak hari2 ye) bergantung kepada kerajinan.. minggu ni tak sempat nak pergi pasar coz I have to attend wedding dinner kat penang.. Kalau nak pergi pasar kena ajak mommyyus.. sebab saya ni masih tak pandai memilih sayur ye. Kalau suruh cari sayur terkial kial nak memilih.. So, bab2 masak memasak ni kena mintak pertolongan dari kakak2 dulu.. dia org semua dah expert..

ok la takde apa nak cerita sangat..nanti will upload latest story..

tada.. ;)

Testing..testing...

Tuesday, May 25, 2010

hehe.. ni cubaan pertama saya nak buat entry.. tgk kakak aku dok rajin buat blog.. aku pun nak buat gak la..

cehhhh ni nak cerita pasal memasak ni :

sekarang saya dah mula memasak ye ;)

1. dah mula start memasak - bukan apa, takut nanti Dinesh bagi kawan kat rumah.. tak ke naya..
2. dah boring makan kat luar.. sampai dah tak tahu nak makan apa..
3. kakak2 aku semua terror masak.. malu pun ada..

dipendekkan cerita, semalam 24/05/10 adalah hari pertama aku menjejakkan diri ke dapur setelah setahun lebih berkahwin sampai dah ada anak dah pun.. issh isshh.

bak kata kak masa hari ni akan hujan lebat.. hampeh je.. memang hujan lebat pun pagi tadi..

cubaan masakan pertama saya malam tadi ialah :-

ayam goreng kunyit dan sayur kobis goreng... hahaha.. tak menarik kan? tapi untuk orang macam saya ni.. tu kira boleh tahan la..

nak tunjuk terror punya pasal malam tadi.. sambil potong sayur boleh pulak terhiris jari.. hei, malu betul..

gambar masakan tak dapat disertakan kat sini.. sebab kelam kabut.. terus nak rasa lauk2 tu..
dan untuk pengetahuan anda lauk tu habis ye.. licin sama sekali..

ok la.. nak pergi tgk buku resepi.. malam ni nak masak udang sambal.. permintaan dari Dinesh Alwan.